Isnin, 29 September 2014

4 Punca Timbul Masalah Rambut

4 Punca Timbul Masalah Rambut

Masalah rambut seperti rambut gugur, masalah kelemumur, rambut kering, dan sebagainya adalah terdiri daripada masalah kesihatan badan. Maknanya, anda tidak boleh memandang ringan pada masalah rambut kerana ia juga adalah antara perkara yang perlu anda jaga. Jika anda alami masalah rambut, diri anda cenderung untuk peroleh berbagai penyakit seperti demam, selsema dan sebagainya.

Antara punca yang menyebabkan terjadinya masalah rambut adalah:

1-Sikap tidak menjaga kebersihan rambut. Ramai orang terutama lelaki tidak menjaga kebersihan rambut mereka dengan teliti. Apabila mandi, mereka hanya lalukan sahaja air dan tidak membersihkan rambut dengan betul. Anda perlu bersihkan rambut dengan membilas air pada keseluruhan kepala dan gunakan syampu dari semasa ke semasa. Rambut yang tidak bersih akan menyumbang kepada masalah kelemumur di mana ia akan menyebabkan masalah rambut gugur.

2-Menggunakan bahan kimia secara berlebihan di rambut. Bahan kimia yang datang daripada pewarna rambut, shampoo, minyak rambut dan sebagainya boleh membawa kerosakan kepada rambut anda. Antara masalah rambut yang boleh terjadi di sebabkan bahan kimia adalah rambut anda akan gugur dan kepala anda akan botak secara perlahan–lahan.

3-Perasaan yang tertekan. Menurut kajian, mereka yang tertekan cenderung untuk alami masalah rambut gugur dan botak.

4-Tidak mengeringkan rambut selepas mandi. Ramai lelaki dan wanita tidak mengeringkan rambut mereka dengan betul–betul selepas mandi. Wanita yang pakai tudung di atas rambut yang basah akan menyebabkan bakteria membiak dengan pantas kerana keadaan rambut yang lembap dan sesuai untuk pembiakan mereka. Akibatnya masalah rambut akan berlaku.

Download Ebook PERCUMA Teknik Mudah Lebatkan Rambut Dalam 30 Hari! di http://www.lebatkanrambut.com/hop.php?ref=uwaisqadri. Insyaallah masalah rambut gugur, masalah kelemumur, rambut kering, dan sebagainya akan selesai. Rambut yang cantik akan beri keyakinan dan kesihatan yang baik kepada diri. Oleh itu, jagalah kesihatan rambut anda dengan baik dan hindari pelbagai masalah rambut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan